Microsoft umumkan hasil kajian dan teknologi baharu untuk menjayakan kerja hibrid di Malaysia

 |   Microsoft Malaysia

Read the English version here

  • Laporan Indeks Trend Kerja Microsoft tahunan kedua menunjukkan tanggapan baharu kakitangan tentang apa yang dianggap “berbaloi”. Malah kita tidak lagi akan berbalik semula kepada cara lama
  • Laporan menggariskan lima trend utama daripada kajian luar membabitkan 31,000 orang di 31 negara termasuk Malaysia

MALAYSIA, 23 MAC 2022 – Microsoft Corp. telah mengumumkan laporan Indeks Trend Kerja tahunan kedua, bertajuk “Great Expectations: Making Hybrid Work Work.” (Harapan Besar: Menjayakan Kerja Hibrid). Microsoft juga telah mengumumkan ciri-ciri baharu bagi Microsoft Teams, Microsoft 365, Surface Hub, dan Microsoft Viva untuk memperkasakan kerja hibrid dan memenuhi jangkaan baharu kakitangan terhadap tempat kerja.

Selepas bersiap sedia untuk kerja hibrid selama lebih daripada setahun, banyak syarikat kini berada di titik pelaksanaan yang sudah lama dinanti-nantikan, iaitu pengalaman kerja hibrid sebenar.

Satu perkara yang jelas daripada kajian: Kita bukan lagi pekerja sama yang bekerja dari rumah pada awal 2020. Tempoh dua tahun lepas telah mencetus kesan ketara, dengan mengubah sama sekali cara orang ramai mentakrifkan kerja dalam hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh setiap organisasi ialah memenuhi jangkaan luar biasa kakitangan, sambil mengimbangi kesan perniagaan dalam ekonomi yang tidak diduga.

Untuk membantu pemimpin menangani perubahan tersebut, Indeks Trend Kerja 2022 menggariskan lima trend utama daripada kajian luar membabitkan 31,000 kakitangan di 31 negara, termasuk Malaysia, di samping analisis bertrilion isyarat produktiviti menerusi Microsoft 365 dan trend buruh di LinkedIn:

  1. Kakitangan mempunyai tanggapan baharu tentang apa yang dianggap sebagai “berbaloi”. Seramai 58% kakitangan di Malaysia berkata mereka mungkin mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan berbanding kerja daripada sebelum pandemik. Malah Perubahan Besar atau ‘Great Reshuffle’ belum berakhir: 50% daripada golongan Gen Z dan Milenial di Malaysia berkemungkinan menukar majikan pada tahun yang mendatang.
  2. Pengurus rasa tersepit di antara kepimpinan dan jangkaan kakitangan. 58% daripada pemimpin di Malaysia berkata syarikat mereka merancang untuk kembali bekerja sepenuh masa secara fizikal pada tahun yang mendatang. Sebanyak 53% pengurus di Malaysia berkata pihak pimpinan syarikat mereka tidak selari dengan jangkaan kakitangan dan 81% pengurus di Malaysia berkata mereka tiada pengaruh atau sumber untuk melakukan perubahan bagi pasukan mereka.
  3. Pemimpin perlu menjadikan pejabat tempat yang menarik untuk datang bekerja.  Seramai 42% daripada kakitangan hibrid di Malaysia berkata cabaran paling besar mereka adalah mengetahui bila dan mengapa masuk ke pejabat tetapi hanya 36% pemimpin telah mendapatkan persetujuan antara pasukan mereka untuk mentakrifkan norma-norma baharu ini.
  4. Kerja fleksibel tidak semestinya bermaksud “sentiasa bersedia”. Seramai 59% daripada pekerja di Malaysia sedia menggunakan ruang digital maya untuk mengadakan mesyuarat pada tahun yang mendatang.
  5. Membina semula jalinan sosial mungkin memerlukan pendekatan berbeza dalam dunia hibrid. Dengan 58% daripada pekerja hibrid di Malaysia mempertimbangkan peralihan kepada kerja jarak jauh pada tahun yang mendatang, syarikat-syarikat tidak boleh bergantung kepada hubungan di pejabat untuk membina semula jalinan sosial yang hilang dalam tempoh dua tahun lepas. Seramai 42% pemimpin di Malaysia berkata membina hubungan merupakan cabaran paling besar apabila kakitangan bekerja secara hibrid atau dari jauh.

“Perubahan di tempat kerja telah dipercepatkan akibat pandemik, sekali gus menyebabkan peralihan trend yang pantas dalam kalangan tenaga kerja. Memandangkan persekitaran kerja hibrid kini semakin ketara, keutamaan dan jangkaan baharu boleh dilihat dalam kalangan kakitangan. Pada hakikatnya, pemimpin dan organisasi perlu mengambil kira keutamaan baharu ini dan membuat penyesuaian dengan jangkaan tenaga kerja untuk mencapai keseimbangan antara kakitangan yang gembira dan produktiviti yang tinggi” – K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia

Sambil Microsoft meraikan ulang tahun ke-5 sejak pelancaran Teams, lebih 270 juta orang kini bergantung kepada Teams untuk kerja hibrid.

Memastikan kerja hibrid berkesan untuk semua memerlukan kepimpinan jelas berhubung dengan persoalan bagaimana, bila dan di mana untuk bekerja — dan teknologi memainkan peranan yang amat penting. Hari ini, Microsoft juga memperkenalkan inovasi produk baharu yang direka cipta untuk menambah baik pengalaman kerja hibrid.

  • Disediakan untuk tatapan awam pada akhir bulan ini, saluran sepunya Teams Connect membolehkan kerjasama dengan pihak lain di dalam dan luar organisasi daripada ruang kerja yang bersama.
  • Untuk merapatkan jurang antara ruang kerja digital dan fizikal, satu susun atur mesyuarat baharu bagi Teams Rooms yang dinamakan front row, kini disediakan untuk previu.
  • Penyelesaian paparan sentuh bagi Teams Rooms daripada Neat dan Yealink sedang dalam proses disijilkan untuk Teams Rooms di Android. Peranti ini menggabungkan audio, video, paparan sentuh dan komputer dalam satu unit — membolehkannya digunakan dengan mudah dan pengalaman kerjasama yang ditambah baik. Kamera Pintar pacuan AI baharu, Microsoft Surface Hub 2 Smart Camera menggunakan teknologi kerangka automatik untuk melaraskan video Teams secara dinamik untuk membolehkan ahli pasukan yang tidak berada di lokasi mendapat pemandangan dinamik interaksi di dalam bilik.
  • Ciri alih bahasa dalam Teams membolehkan jurubahasa mengalih bahasa dalam hampir masa sebenar. Penganjur mesyuarat boleh melantik penterjemah dan memilih sehingga 16 kombinasi bahasa sumber dan sasaran, manakala hadirin akan mendengar hasil terjemahannya.
  • Microsoft Whiteboard dalam Teams membawakan keupayaan baharu yang menceriakan kerjasama menerusi video, termasuk kursor kolaborasi, lebih daripada 50 pencontoh baharu, tindak balas konteks dan keupayaan membuka papan sedia ada dan bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja di luar menerusi mesyuarat Teams.
  • Untuk menambah baik sesi brainstorming secara hibrid, penyempurnaan tindakan yang perlu diambil dan proses membuat keputusan bersama tanpa menukarkan konteks atau aplikasi, Microsoft memperkenalkan komponen Loop dalam aplikasi e-mel Outlook. Menjawab jemputan mesyuarat di Outlook membolehkan jemputan menyatakan sama ada mereka boleh menyertai secara bersemuka atau maya.
  • Microsoft akan memperkenalkan tawaran baharu dalam Microsoft Teams Phone yang dinamakan Operator Connect Mobile, dengan kerjasama beberapa pengendali telekomunikasi terbesar dunia. Kemudahan ini memberikan nombor mudah alih tunggal yang disediakan oleh perniagaan untuk peranti komputer meja dan mudah alih, memudahkan pengalihan panggilan merentasi rangkaian dan peranti tanpa sebarang gangguan.
  • Dengan gaya yang ceria dan menyeronokkan, lebih daripada 1,800 fluent emoji 3D yang disediakan untuk mewarnai perasaan dan bergurau dalam mesej. Malah dengan pilihan warna kulit, pengguna boleh memilih emoji yang lebih menepati peribadi masing-masing.
  • Sebagai langkah menyokong gaya kerja fleksibel, dua ciri PowerPoint, iaitu cameo dan recording studio, kini akan digabungkan. Kemudahan ini membolehkan pembentang menyampaikan PowerPoint Live secara langsung dalam Teams, tidak kira sama ada mereka menghadiri mesyuarat atau tidak.
  • Satu ciri baharu yang dinamakan Inspiration library kini akan disediakan bagi Microsoft Viva dalam bentuk previu umum sebagai sebahagian daripada aplikasi Viva Insights dalam Teams. Perpustakaan ini memudahkan kakitangan, pengurusan dan pemimpin mengambil iktibar dalam pemikiran dan amalan terbaik daripada sumber terkemuka seperti “Harvard Business Review” dan “Thrive.”

Untuk maklumat lanjut, layari Blog Rasmi MicrosoftBlog Microsoft 365 dan laporan Indeks Trend Kerja.