PC Game Pass Dilancarkan di Lima Negara Baharu di Asia Tenggara

 |   Microsoft Malaysia

Read the English version here

KUALA LUMPUR, 21 April 2022 – Sebagai sebahagian daripada misi kami untuk membawakan keseronokan dan komuniti permainan kepada semua orang di muka bumi, kami teruja untuk mengumumkan bahawa PC Game Pass kini boleh didapati di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Vietnam. Semua pemain PC boleh mula bermain dan turut serta selama tiga bulan pada kadar hanya RM5.00.

PC Game Pass merangkumi pustaka lebih 100 permainan PC bermutu tinggi termasuk Studio Permainan  Xbox, permainan Bethesda terkenal, dan keahlian EA Play. Dengan pelbagai pilihan permainan PC aneka genre, serta permainan baharu yang sentiasa ditambah, semestinya ada sesuatu untuk dimainkan oleh semua.

Pengumuman ini menandakan permulaan bagi Xbox di Asia Tenggara, dan kami teruja untuk memberikan satu lagi pilihan kepada pemain di rantau ini untuk mencuba permainan dan bermain dengan rakan-rakan pada nilai yang amat berpatutan. Setelah pemain di Malaysia melengkapkan percubaan tiga bulan pertama pada harga RM5.00, PC Game Pass kemudian akan ditawarkan pada harga bulanan rendah (RM15.00).

“Matlamat kami ialah membawakan PC Game Pass kepada lebih banyak negara di mana Windows boleh didapati untuk membolehkan kami mencapai lebih 3 bilion pemain di seluruh dunia. Kami telah bermula dengan baik di Asia Tenggara, di mana kami melihat permintaan kukuh bagi PC Game Pass dalam tempoh previu. Ini termasuk pilihan permainan yang semakin bertambah meliputi pelbagai genre dan menyediakan sokongan bahasa yang lebih,” kata Jeremy Hinton, Ketua Perniagaan Xbox Asia.

Antara permainan menarik dalam PC Game Pass termasuk Age of Empires IV, Back 4 Blood, Forza Horizon 5, Marvel’s Guardians of the Galaxy, Hades, Minecraft, Sea of Thieves dan Microsoft Flight Simulator.  Turut merangkumi tajuk permainan Xbox Game Studios serba baharu dari hari pertama seperti Halo Infinite, dan juga francais ikon seperti DOOM, Wolfenstein, Dishonored dan The Evil Within dari Bethesda Softworks, serta permainan bebas dan blockbuster lain. EA Play juga turut disediakan dalam perkhidmatan, menawarkan antara francais permainan terbesar di dunia termasuk FIFA, Battlefield, The Sims dan Mass Effect.

Kami mengalu-alukan penyertaan pemain PC dari Asia Tenggara dalam komuniti Game Pass.

Untuk maklumat lanjut mengenai PC Game Pass di Malaysia, layari: https://www.xbox.com/en-MY/xbox-game-pass/pc-game-pass

YouTube Video