Microsoft keluarkan hasil kajian terbaharu tentang cara AI akan mengubah cara kita bekerja di Malaysia

 |   Microsoft Malaysia

HeroImageWTI

Read the English version here and Mandarin version here.

  • Hasil kajian Work Trend Index (Index Trend Kerja) baharu mendedahkan bahawa tuntutan kerja yang kian bertambah mengatasi keupayaan pekerja memenuhinya.
  • Data mendapati orang ramai optimistik terhadap AI: Pekerja lebih mengharapkan AI untuk mengurangkan beban kerja daripada bimbang akan kehilangan kerja akibat AI.
  • Microsoft perkenalkan Program Akses Awal Microsoft 365 Copilot bagi 600 pelanggan di seluruh dunia.
  • Syarikat tersebut juga mengumumkan keupayaan baharu yang akan ditambah kepada Microsoft 365 Copilot dan Microsoft Viva.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 — Pada awal tahun ini, Microsoft Corp. memperkenalkan Microsoft 365 Copilot, yang membawakan keupayaan kecerdasan buatan (AI) generatif baharu kepada aplikasi yang digunakan oleh berjuta-juta orang setiap hari seperti Microsoft Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Microsoft Teams dan banyak lagi. Microsoft juga mengumumkan perluasan program akses awal kepada Microsoft 365 Copilot dan juga memperkenalkan ciri-ciri baharu. Pada hari ini, syarikat tersebut berkongsi data dan hasil penemuan di Malaysia daripada laporan 2023 Work Trend Index: “Will AI Fix Work?  (Indeks Trend Kerja 2023: “Adakah AI Akan Menambah Baik Kerja?”)

Indeks Trend Kerja 2023 ini telah mengkaji selidik 31,000 orang daripada pelbagai industri di 31 negara, termasuk Malaysia dan juga bertrilion isyarat daripada e-mel, mesyuarat danruangan sembang (chats) merentasi Microsoft 365, serta trend tenaga kerja di LinkedIn. Data menunjukkan bahawa tuntutan kerja kini meningkat lebih pantas daripada apa yang boleh dipenuhi oleh manusia, dan hakikat ini menjejaskan inovasi. Namun begitu, AI generasi akan datang bakal mengurangkan beban kerja. Organisasi yang mengambil tindakan awal untuk menerima pakai AI akan mendahului kitaran ini — sambil meningkatkan kreativiti dan produktiviti untuk semua.

Indeks Trend Kerja ini berkongsi tiga penemuan penting bagi pemimpin perniagaan dalam usaha mereka memahami dan menggunakan AI dengan cara yang bertanggungjawab bagi organisasi mereka:

  1. Hutang digital menjejaskan inovasi: Kita semua ada hutang digital: Jumlah data, e-mel dan mesej telah mengatasi keupayaan kita untuk memproses kesemuanya. Setiap minit menguruskan atau membayar hutang digital ini ialah seminit yang tidak dimanfaatkan untuk melakukan kerja kreatif. Seramai 77% daripadaresponden di Malaysia berkata mereka tidak cukup masa dan tenaga untuk menyempurnakan kerja mereka dan golongan yang sama berkata mereka berdepan dengan masalah mempelopori inovasi. Daripada jumlah masa yang diluangkan menggunakan Microsoft 365, individu biasa menggunakan 57% daripada masa mereka berkomunikasi dan hanya 43% menjanakan hasil kerja. Malah gangguan #1 kepada produktiviti ialah mesyuarat yang kurang cekap.
  2. Terdapat kerjasama baharu antara AI-pekerja: Walaupun 62% daripada responden di Malaysia berkata mereka bimbang AI akan menggantikan tugas mereka – lebih ramai lagi – iaitu 84% akan menyerahkan seberapa banyak kerja yang mungkin kepada AI untuk mengurangkan bebanan kerja. Lebih daripada 4 dalam 5responden di Malaysia selesa menggunakan AI bukan sahaja untuk tugasan pentadbiran tetapi juga kerja analitik dan aspek kreatif tugasan mereka. Sementara itu, para pengurus di Malaysia berkemungkinan 1.4x lebih tinggi untuk berkata bahawa AI amat berharga di tempat kerja mereka bagi meningkatkan produktiviti dan bukannya untuk mengurangkan tenaga kerja.
  3. Setiap pekerja memerlukan kemahiran AI: Bukan sahaja pakar AI, tetapi setiap pekerja memerlukan kemahiran baharu seperti kemahiran merangka prompt atau arahan AI dalam kerja seharian. Malah, 76% daripada individu di Malaysia berkata mereka tidak mempunyai kemahiran yang sewajarnya untuk menyempurnakan kerja mereka. Dengan AI kini diberi lebih penekanan dalam persekitaran kerja, kerjasama antara manusia-AI bakalmengubah cara kerja masa depan dan keupayaan untuk bekerja berasaskan kaedah lelaran atau iteratif dengan AI akan menjadi kemahiran penting bagi setiap pekerja. Di Malaysia, 90% daripada pemimpin meramalkan bahawa para pekerja akan memerlukan kemahiran baharu dalam era AI.
2023 Work Trend Index
K Raman, Managing Director of Microsoft Malaysia (left) and Azizah Ali, Chief Marketing & Operations Officer of Microsoft Malaysia (right) at the 2023 Work Trend Index: Media Briefing for Malaysia.

“Sambil AI mencetus evolusi kerja, para pemimpin dan juga pekerja kini memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Menerusi AI, kita boleh mentafsirkan semula cara kita bekerja.” K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia

“Penemuan kajian kami menyatakan bahawa pekerja mahir perlu memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan penyelesaian berlandaskan AI. Kerjasama manusia-AI dijangka memainkan peranan yang amat penting dalam peralihan daripada AI kendiri atau autopilot, kepada AI sebagai rakan kerjasama kita atau copilot. Peluang dan tanggungjawab terbesar bagi setiap pemimpin adalah memahami cara untuk memanfaatkan AI bagi mengelakkan kebosanan kerja, menyerlahkan kreativiti kakitangan dan membina kemahiran AI,” kata K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia di taklimat media untuk melancarkan data Indeks Trend Kerja Malaysia.

Bagi memperkasakan perniagaan dalam era AI, Microsoft juga memperkenalkan Program Akses Awal Microsoft 365 Copilot kepada 600 pelanggan perusahaan sedunia sebagai kumpulan pertama pengguna menerusi program penggunaan awal berbayar atas jemputan sahaja. Di samping itu, keupayaan baharu berikut akan ditambah kepada Microsoft 365 Copilot dan Microsoft Viva:

  • Copilot di Whiteboard akan menjadikan mesyuarat dan sesi percambahan minda di Microsoft Teams lebih kreatif dan berkesan. Dengan penggunaan bahasa biasa, anda boleh meminta Copilot menghasilkan idea, menyusun idea mengikut tema, mencipta reka bentuk dan menghidupkan idea dan meringkaskan kandungan Whiteboard.
  • Menyepadukan DALL-E, penjana imej OpenAI, ke dalam Copilot di PowerPoint, pengguna boleh meminta Copilot untuk mencipta imej khusus untuk menyokong kandungan mereka.
  • Copilot di Outlook akan menawarkan tunjuk ajar atau coaching tips dan cadangan mengenai kejelasan, sentimen dan nada penyampaian untuk membantu pengguna menulis e-mel yang lebih berkesan dan berkomunikasi dengan lebih yakin.
  • Copilot di OneNote akan menggunakan prompt atau arahan untuk merangka pelan, menghasilkan idea, mencipta senarai dan menyusun maklumat untuk membantu pelanggan mencari apa yang mereka perlukan dengan lebih mudah.
  • Copilot di Viva Learning akan menggunakan interaksi sembang dalam bahasa biasa untuk membantu pengguna merangka proses pembelajaranterkhusus termasuk menyusun laluan untuk meningkatkan kemahiran, mencari sumber pembelajaran relevan, dan menjadualkan masa untuk latihan yang ditetapkan.
Photo2
K Raman, Managing Director, Microsoft Malaysia (top left) and Azizah Ali, Chief Marketing & Operations Officer, Microsoft Malaysia (top right) together with media participants at the 2023 Work Trend Index: Media Briefing for Malaysia.

Dalam usaha membantu setiap pelanggan bersiap sedia untuk AI, Microsoft juga memperkenalkan Semantic Index untuk Copilot, satu keupayaan baharu yang akan dilancarkan bagi semua pelanggan Microsoft 365 E3 dan E5.  Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi Blog Rasmi Microsoft , Blog Microsoft 365 dan  Work Trend Index baharu.