Generasi Peranti Surface Terbaharu, Surface Go 2 dan Surface Book 3, Kini Tersedia untuk Pra-Pesanan di Malaysia

 |   Microsoft Malaysia

Peranti Terbaharu Microsoft Surface Go 2 dan Book 3

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2020 – Microsoft telah mengumumkan produk-produk terbaharunya, Surface Go 2 dan Surface Book 3, kini boleh dipra-pesanan melalui penjual semula komersial sah PrestariangSoftware One serta wakil peruncit sah All ITGloo by SNSHarvey NormanLazada-Microsoft flagship storePC ImageSenhengShopee-Microsoft flagship store, dan TMT by Thundermatch dengan harga bermula RM1,955.

[Kemaskini – 1 Julai 2020 – Peranti Surface Go 2 dan Surface Book 3 kini didapati dalam pasaran melalui wakil penjual khas.]

Barisan produk Surface terbaharu direka khas untuk memberi pengguna keserbagunaan dan produktivi yang lancar, sekaligus memperkasakan pengguna untuk bekerja, belajar, berhubung, dan bermain dari mana sahaja.

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan peranti dan aksesori Surface terbaharu di Malaysia. Dalam persekitaran sekarang, peranti kami ibarat ‘windows to the world’ – termasuk pejabat, sekolah dan ruang sosial. Kami ingin memastikan bahawa setiap orang dan organisasi dilengkapi dengan peralatan yang membolehkan mereka kekal terhubung dan produktif. Matlamat kami adalah untuk menawarkan peranti Surface yang mampu memenuhi permintaan setiap orang, setiap gaya kerja dan setiap lokasi,” kata Michal Golebiewski, Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi, Microsoft Malaysia.

Surface Go 2:

Peranti Microsoft Surface Go 2 di Malaysia

Surface Go 2 yang terbaharu mengekalkan reka bentuk yang ringan dan padat seperti yang terdahulu. Namun ianya kini menampilkan paparan 10.5” Pixel Sense yang lebih besar, jangka hayat bateri yang lebih baik[1], serta prestasi yang lebih pantas sehingga 64% berbanding sebelumnya, dengan pilihan terbaharu Intel® 8th Generation Core™ M. Surface Go 2 juga dilengkapi dengan WiFi bawaan dan LTE Advanced [2] secara pilihan, yang menyediakan ketersambungan dan keselamatan yang lebih baik di mana sahaja.

Surface Go 2 juga merangkumi Studio Mics, microfon dwi medan jauh yang meningkatkan kelantangan suara dan mengurangkan kebisingan latar belakang untuk mesyuarat Teams. Ianya juga dilengkapi dengan kamera menghadap depan 5MP yang membolehkan video jelas diambil walaupun dalam cahaya rendah. Kamera menghadap belakang pula menampilkan aplikasi Kamera baharu yang membolehkan pengguna mengimbas dokuman dan papan putih dengan mudah – sama ada untuk berkongsi nota dari mesyuarat atau menghantar kerja rumah.

Dengan Surface Pen, pelajar dan pekerja jarak jauh boleh mengekalkan tugas harian secara digital, dan menulis dalam Surface Go 2 dengan selesa seperti menggunakan pen di atas kertas, sesuai untuk melukis gambar rajah, menandakan dokumen, atau mempelajari persamaan matematik. Pengguna juga boleh memperibadikan Surface Go mereka dengan Type Covers and aksesori[3]  dalam pelbagai warna, termasuk Platinum, Black, Poppy Red, dan Ice Blue.

Surface Book 3:

Peranti Microsoft Surface Book 3 di Malaysia

Surface Book 3 tersedia dalam saiz 13” atau 15”. Peranti ini menyediakan para pengguna kekuasaan sebuah desktop, keserbagunaan sebuah tablet serta kebebasan komputer riba yang ringan dan nipis. Surface Book 3 15” menawarkan prestasi sehingga 50% peningkatan berbanding barisan terdahulu dan sehingga 17.5 jam hayat bateri[4]. Peranti ini mempunyai Paparan PixelSense tinggi DPI, papan kekunci yang selesa dan pad jejak kaca yang tepat, dikuasai dengan Pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-10 serta NVDIA discrete GPU secara pilihan.

Untuk developer (pembangun), Surface Book 3 kini dilengkapi dengan RAM sehingga 32Gb dan SSD terpantas yang pernah kami lancar. Untuk gamers (pemain), Surface Book 3 15” mempunyai  NVDIA GeForce GPU dengan kuasa yang cukup untuk bermain Xbox Game Pass[5] bagi tajuk PC teratas [6] pada 1080p dalam 60 bingkai sesaat. Pilihan NVIDIA Quadro RTX 3000 [7] juga tersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan komersial dan institusi pendidikan tinggi.

Surface Dock 2

Sediakan ruang kerja utama anda dengan Surface Dock 2, stesen sambungan yang membantu pengguna memperluaskan stesen kerja mereka dengan klik magnetik mudah. Dermaga ini juga memberikan pengecasan yang lebih cepat, kadar pemindahan data yang lebih tinggi dan alat pengurusan perusahaan.

Selain itu, multi-port Microsoft USB-C Travel Hub terbaharu juga akan tersedia untuk menawarkan lebih banyak cara bagi pengguna untuk menyambung ke rangkaian, paparan dan aksesori USB-C semasa dalam perjalanan. Penghantaran bagi kedua-dua produk tersebut akan bermula pada bulan depan di Malaysia.

Aksesori Microsoft PC

Kedua-dua berkas aksesori Microsoft yang baharu dibina khas bagi pengguna yang ingin kekal produktif dan selesa di mana sahaja pejabat berada.

Dibangunkan berdasarkan prinsip ergonomik, Microsoft Ergonomic Desktop boleh mengurangkan keletihan dan memberikan keselesaan dan kawalan yang luar biasa dengan reka bentuk papan kekunci split yang menampilkan sandaran tangan yang empuk dan tetikus ultra tepat dengan sandaran ibu jari yang empuk.

Microsoft Bluetooth Desktop pula memberikan pengguna papan kunci bersaiz penuh dalam reka bentuk yang ramping dan moden serta tetikus yang bergaya dan padat bersesuaian dengan tangan anda.

Ketersediaan dan Harga

Surface Go 2, Surface Book 3, Surface Dock 2 dan Microsoft USB-C Travel Hub tersedia untuk pra-pesanan mulai 2 Jun 2020 melalui penjual semula sah dan peruncit sah.

Barisan baharu akan tersedia mulai 18 Jun 2020 untuk Surface Go 2 dan 23 Jun 2020 untuk Surface Book 3.

Rangkaian peranti dan aksesori akan tersedia dalam konfigurasi berikut di Malaysia.

Model Harga runcit yang disyorkan – Surface untuk Pengguna * Harga runcit yang disyorkan – Surface untuk Perniaggan
Surface Go 2
Intel® Pentium® Gold, 4GB RAM, 64GB eMMC RM 1,955 RM 2,170
Intel® Pentium® Gold, 8GB RAM, 128GB SSD WiFi RM 2,655 N/A
8th Gen Intel® Core m3, 4GB RAM, 64 eMMC WiFi N/A RM 2,380
8th Gen Intel® Core m3, 8GB RAM, 128GB SSD N/A RM 3,300
8th Gen Intel® Core m3, 8GB RAM with LTEm3/8/128 LTE RM 3,455 RM 3,720
8th Gen Intel® Core m3, 8GB RAM with LTEm3/8/256 LTE N/A RM 4,190
Surface Book 3 (13.5”)
10th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD (Intel® Iris™ Plus Graphics) RM 7,788 RM 8,070
10th Gen Intel® Core i7, 16GB RAM, 256GB SSD (NVIDIA GeForce GTX 1650 with Max-Q Design w/4GB GDDR5 graphics memory) RM 9,688 RM 9,900
10th Gen Intel® Core i7, 32GB RAM, 512GB SSD (NVIDIA GeForce GTX 1650 with Max-Q Design w/4GB GDDR5 graphics memory) RM 11,688 RM 12,250
10th Gen Intel® Core i7, 32GB RAM, 1TB SSD (NVIDIA GeForce GTX 1650 with Max-Q Design w/4GB GDDR5 graphics memory) N/A RM 13,200
Surface Book 3 (15”)
10th Gen Intel® Core i7, 16GB RAM, 256GB SSD (NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti with Max-Q Design w/6GB GDDR6 graphics memory) N/A RM 10,950
10th Gen Intel® Core i7, 32GB RAM, 512GB SSD (NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti with Max-Q Design w/6GB GDDR6 graphics memory) RM 13,088 RM 13,250
10th Gen Intel® Core i7, 32GB RAM, 1TB SSD (NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti with Max-Q Design w/6GB GDDR6 graphics memory) N/A RM 14,200
10th Gen Intel® Core i7, 32GB RAM, 512GB SSD (NVIDIA Quadro RTX™ 3000 with Max-Q Design w/6GB GDDR6 graphics memory) N/A RM 16,200
10th Gen Intel® Core i7, 32GB RAM, 1TB SSD (NVIDIA Quadro RTX™ 3000 with Max-Q Design w/6GB GDDR6 graphics memory) N/A RM 17,250
Surface Dock 2 RM 1,400 RM 1,400
Microsoft USB-C Travel Hub RM 470 RM 470

*Surface for Business provides specific experiences and features built especially for commercial customers including enterprise-grade security, and leading modern management with Autopilot, Surface Enterprise Management Mode (SEMM) and Microsoft Intune. Windows 10 Pro comes standard on Surface for Business devices (whilst Windows 10 Home will be on consumer devices), offering additional built-in security and management features that lets our customers focus on running their business. In addition to the standard hardware warranty, Surface for Business customers get free Advanced Exchange – a warranty service with expedited device replacement, at no additional cost.

Untuk membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, klik New Surface Family of Devices, Surface Go 2 and Surface Book 3, Now Available for Pre-Orders in Malaysia.


[1] Up to 10 hours of battery life based on typical Surface device usage. Testing conducted by Microsoft in February 2020 using preproduction software and preproduction configurations of Surface Go 2. Testing consisted of full battery discharge with a mixture of active use and modern standby. The active use portion consists of (1) a web browsing test accessing 8 popular websites over multiple open tabs, (2) a productivity test utilizing Microsoft Word, PowerPoint, Excel and Outlook, and (3) a portion of time with the device in use with idle applications. All settings were default except screen brightness was set to 150nits with Auto-Brightness disabled. Wi-Fi was connected to a network. Battery life varies significantly with settings, usage and other factors.

[2] Service availability and performance subject to service provider’s network. Contact your service provider for details, compatibility, pricing, SIM card, and activation. See all specs and frequencies at Surface.com.

[3] Sold separately

[4] Surface Book 3 15” connected to keyboard base: Up to 17.5 hours of battery life based on typical Surface device usage. Testing conducted by Microsoft in April 2020 using preproduction software and preproduction configurations of Surface Book 3 15” Intel® Core™ i7, 256GB, 16 GB RAM. Testing consisted of full battery discharge with a mixture of active use and modern standby. The active use portion consists of (1) a web browsing test accessing 8 popular websites over multiple open tabs, (2) a productivity test utilizing Microsoft Word, PowerPoint, Excel and Outlook, and (3) a portion of time with the device in use with idle applications. All settings were default except screen brightness was set to 150nits with Auto-Brightness disabled. Wi-Fi was connected to a network. Battery life varies significantly with settings, usage and other factors.

[5] Subscription required

[6] Xbox Wireless controller pairing available on 15″ model.”  It is not available on 13.5″

[7] Available for commercial SKU only

Tags: ,