Surface Laptop Go baharu tawarkan reka bentuk terserlah pada harga lebih termampu

 |   Microsoft Malaysia

Microsoft Surface Laptop Go Platinum

Microsoft umumkan pesanan awal bagi Surface Laptop Go mulai 5 November 2020

KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2020 – Microsoft hari ini mengumumkan bahawa pesanan awal bagi komputer riba Surface Laptop Go baharu boleh dibuat mulai 5 November 2020 di Malaysia menerusi wakil penjual komersial sah dan peruncit sahnya.

Ditawarkan pada harga bermula daripada RM 2,758, Surface Laptop Go menjanjikan keseimbangan sempurna antara gaya, prestasi dan hayat bateri dalam komputer riba Surface yang paling ringan dan termampu setakat ini.

“Kami dengan sukacita meluaskan rangkaian peranti Surface kami yang mantap menerusi pelancaran  Surface Laptop Go baharu di Malaysia.  Sama ada perjalanan pengguna melintasi rumah atau merentasi bandar, Surface Laptop Go dirangka untuk memainkan peranan penting bagi memastikan mereka sentiasa terhubung dengan kerja, sekolah dan kehidupan,” kata Michal Golebiewski, Ketua Pegawai Pemasaran & Operasi Microsoft Malaysia.

“Dengan peranti baharu ini, kami memuatkan ciri-ciri yang paling digemari oleh pelanggan komputer riba Surface kami ke dalam reka bentuk lebih kecil dan termampu. Kami mahu mencipta bukan sahaja sesuatu yang anda perlukan, tetapi sesuatu yang anda idamkan. Surface Laptop Go membuktikan komitmen kami untuk mereka bentuk Surface untuk setiap orang, gaya kerja dan lokasi,” tambahnya.

Microsoft Surface Laptop Go Platinum

Surface Laptop Go mempunyai skrin sentuh 12.4” PixelSense yang cantik[1], pad penjejak jitu yang besar dan papan kunci saiz penuh dengan pergerakan kekunci 1.3mm untuk pengalaman menaip yang tepat dan selesa. Garis bentuk canggih dan terselaras ini dipersembahkan dalam kemasan logam Platinum ringan[2].

Untuk rakam masuk yang pantas dan selamat, model tertentu Surface Laptop Go juga mempunyai Butang Kuasa Cap Jari (Fingerprint Power Button) dengan kaedah rakam masuk Satu Sentuhan (One Touch) menerusi Windows Hello. Pendaftaran masuk Sekali Sentuh (One Touch sign-in) juga menyediakan akses lebih pantas dan selamat kepada fail dalam OneDrive Personal Vault dan banyak lagi, supaya pengguna boleh bermula dengan pantas dan bekerja secara produktif. Surface Laptop Go dipacu oleh pemproses Intel Generasi Ke-10 i5 Quad-Core, dengan RAM sehingga 16GB dan simpanan 256GB[3]. Setiap konfigurasi dioptimumkan untuk prestasi dan hayat bateri.

Semua konfigurasi Surface Laptop Go termasuk model peringkat asas terasa cepat dan tampak bergaya, mengambil kesempatan penuh daripada pengalaman hubungan awan seperti Microsoft 365 dan simpanan dalam talian. Berbekalkan hayat bateri sehingga 13 jam[4] serta Pengecasan Pantas, peranti serba canggih ini mampu memenuhi keperluan pengguna sepanjang hari.

Sama ada semasa bekerja atau belajar, pengguna kini semakin kerap menggunakan kamera, speaker dan mikrofon berbanding sebelum ini. Surface Laptop Go mempunyai kamera 720p HD sedia terbina dan mikrofon Studio Mics, membolehkan rakan sekelas dan rakan sekerja melihat dan mendengar satu sama lain dengan jelas. Speaker Omnisonic dan Dolby® Audio mengelilingi pengguna dengan bunyi yang luar biasa – sama ada semasa membuat panggilan video, menonton wayang (filem?), mendengar muzik dan banyak lagi. Untuk memudahkan sambungan, terdapat pangkalan USB-A dan USB-C, jak audio dan penyambung bagi Surface.

Person using Microsoft Surface Laptop Go Platinum

Bagi keluarga, pelajar dan perniagaan yang sedang mencari peranti baharu untuk kegunaan di rumah atau organisasi mereka, Surface Laptop Go membawakan penampilan dan sentuhan Surface serba mewah pada nilai yang hebat.

Surface Laptop Go dibuka untuk tempahan awam mulai 5 November 2020 menerusi wakil penjual sah komersial seperti SoftwareONE dan Prestariang Systems Sdn Bhd, dan juga peruncit sah seperti All IT, Gloo by SNS, Harvey Norman, Lazada-Microsoft Authorised store, PC Image, Senheng, Shopee-Microsoft Authorised store dan TMT by Thundermatch.

Peranti ini boleh didapati secara umum di Malaysia mulai 24 November 2020.

 Surface untuk Perniagaan

Peranti Surface untuk Perniagaan menyediakan pengalaman dan ciri khusus yang dibina khas untuk pelanggan komersial termasuk keselamatan gred perusahaan dan kemudahan pengurusan moden terkini dengan Autopilot, Surface Enterprise Management Mode (SEMM) dan Microsoft Intune. Windows 10 Pro merupakan sistem standard dalam peranti Surface untuk Perniagaan, menawarkan keselamatan sedia terbina dan ciri-ciri pengurusan tambahan yang membolehkan pelanggan kami memberi tumpuan menguruskan perniagaan masing-masing.

Selain daripada jaminan perkakasan standard, pelanggan Surface untuk Perniagaan boleh menikmati khidmat Advanced Exchange percuma – iaitu perkhidmatan jaminan yang mempercepatkan penggantian peranti, tanpa sebarang kos tambahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Surface Laptop Go untuk Perniagaan, pelanggan komersial boleh menghubungi wakil penjual komersial tempatan mereka.

Konfigurasi dan Harga Runcit Disyorkan

Rangkaian peranti dan aksesori akan disediakan dalam konfigurasi berikut di Malaysia:

Model Harga Runcit Disyorkan (RM)
Surface untuk Pengguna Surface untuk Perniagaan
Surface Laptop Go Baharu
10th Gen Intel® Core i5, 4GB RAM, 64GB eMMC RM 2,758 N/A
10th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 128GB SSD RM3,388 RM3,780
10th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD RM4,288 RM4,561
10th Gen Intel® Core i5, 16GB RAM, 256GB SSD N/A RM5,416
(Surface Laptop Go hanya disediakan dalam warna Platinum menerusi wakil penjual sah komersial dan peruncit sah di Malaysia)

 


[1] Paparan Surface Laptop Go mempunyai penjuru bulat dalam segi empat tepat yang standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat yang standard, skrinnya ialah 12.45” ikut penjuru (kawasan yang dapat dilihat sebenarnya kurang).

[2] Warna yang tersedia mungkin berbeza-beza mengikut pasaran. Hanya disediakan dalam warna Platinum in Malaysia.

[3] Perisian dan kemas kini sistem menggunakan ruang storan yang besar. Storan yang tersedia tertakluk kepada perubahan berdasarkan kemas kini dan perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Lihat Storan Surface untuk butiran lanjut.

[4] Hayat bateri Surface Laptop Go: Hayat bateri sehingga 13 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada Septemberl 2020 menggunakan perisian prapengeluaran dan konfigurasi prapengeluaran Surface Laptop Go Intel® Core™ i5, 128GB, 8 GB RAM peranti Edisi Microsoft Surface®. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan campuran penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses 8 laman web yang popular melalui tab berbilang terbuka, (2) ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, dan (3) sebahagian masa diberikan untuk peranti digunakan dengan aplikasi terbiar. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri ketara berbeza dengan tetapan, penggunaan dan faktor lain.