Microsoft Malaysia dipilih sebagai antara 3 majikan paling menarik bagi graduan membina kerjaya pada 2021

 |   Microsoft Malaysia

HR Award BM

Lebih 24,000 graduan mengundi Microsoft Malaysia daripada 700 syarikat dalam 26 industri sebagai salah daripada 3 Majikan utama

KUALA LUMPUR, 30 November 2020: Microsoft Malaysia baru-baru ini telah diundi sebagai salah satu daripada tiga majikan pilihan utama di Anugerah Pilihan Graduan Tahunan (Graduates Choice Award) edisi 2020/2021. Ini adalah sebagai sebahagian daripada pengiktirafan kecemerlangan syarikat dalam penjenamaan majikan dalam kalangan universiti awam dan swasta di negara ini. Microsoft Malaysia juga diiktiraf sebagai salah satu daripada majikan utama dalam kategori Teknologi.

Anugerah Pilihan Graduan Tahunan (GCA), yang diasaskan pada 2018, adalah salah satu daripada anugerah penjenamaan graduan paling berwibawa Malaysia. Lebih daripada 24,000 graduan dari universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia mengundi untuk jenama majikan paling menarik untuk membina kerjaya, daripada 700 syarikat dalam 26 industri. Anugerah ini dianjurkan oleh Talentbank dengan kerjasama rapat lebih 100 universiti awam dan swasta di negara ini.

“Kami berbangga kerana sekali lagi diundi oleh graduan sebagai majikan pilihan mereka. Ini merupakan bukti usaha kami untuk melibatkan dan memberi peluang kepada graduan tempatan dalam usaha kami membina Malaysia yang lebih berdaya tahan, dengan memenuhi misi kami untuk memperkasakan setiap insan dan setiap organisasi di seluruh dunia untuk mencapai lebih lagi. Tambahan lagi, anugerah ini mencerminkan dedikasi dan kesungguhan kakitangan kami untuk menjadikan Microsoft bukan sahaja tempat yang menarik untuk bekerja, tetapi juga tempat untuk belajar, berkembang maju dan mencapai kejayaan,” kata K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia.

Melengkapkan graduan dengan kemahiran relevan dan membolehkan mereka sedia menghadapi masa depan

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Microsoft untuk melibatkan dan menyokong setiap belia dan graduan di Malaysia, syarikat ini telah memberikan penekanan kukuh terhadap inisiatif kemahiran bagi golongan muda Malaysia. Untuk tujuan ini, Microsoft Malaysia telah bekerjasama rapat dengan pelbagai organisasi termasuk Talentbank, Biji-Biji, 42KL dan Kelly Services untuk memanfaatkan sumber kemahiran dan juga kandungan pembelajaran relevan berasaskan industri berkaitan.

“Dalam setiap aktiviti industri di Malaysia, permintaan bagi tenaga kerja mahir yang bersedia untuk menghadapi dunia digital yang semakin penting. Oleh yang demikian, kami perlu memastikan bahawa setiap anak muda Malaysia diberi peluang dan capaian kepada alat, platform sumber yang diperlukan mereka untuk berjaya dalam tugas yang dijalankan pada masa hadapan. Dengan keupayaan digital dan keyakinan yang lebih tinggi, golongan belia kita mampu merebut peluang sosioekonomi susulan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dan membantu mencapai cita-cita negara melaksanakan transformasi digital,” kata Raman.

Pada 2020, Microsoft telah melancarkan Microsoft Global Skilling Initiative (Inisiatif Membina Kemahiran Global Microsoft) untuk membantu 25 juta orang di serata dunia mempelajari lebih banyak kemahiran digital. Pada Oktober 2020, lebih daripada 36,000 pelajar,  termasuk graduan dan profesional muda Malaysia telah menimba kemahiran dan ilmu baharu daripada sumber pembelajaran percuma yang ditawarkan oleh Microsoft, LinkedIn dan Github. Kursus pembelajaran percuma ini boleh diakses menerusi opportunity.linkedin.com.

Tambahan lagi, Microsoft Malaysia telah memainkan peranan aktif bekerjasama dengan institusi pendidikan untuk menerapkan kandungan industri, lantas meningkatkan kemahiran sedia masa depan dan keupayaan untuk diambil bekerja. Sebagai contoh, Microsoft menganjurkan program untuk meningkatkan kemahiran pensyarah dan pelajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan sijil AI untuk Kejuruteraan.

UTM Lecture

K Raman (baris atas, tengah) bersama (baris atas, dari kiri ke kanan) Datin Lim Bee Wah, Shida Zainal Abidin dan Dr Dzahar Mansor daripada Microsoft Malaysia, sebagai pensyarah jemputan di Universiti Teknologi Malaysia.Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Microsoft dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah melancarkan program Micro-Credential, di mana kandungan industri daripada Microsoft disepadukan ke dalam modul universiti – lantas membolehkan pelajar mendapatkan pensijilan industri daripada Microsoft selepas setiap semester.

Syarikat juga telah berganding bahu dengan Taylor’s University dan juga INTI International University & Colleges untuk melengkapkan graduan masa depan dengan kemahiran teknikal dan kerjaya menerusi program Duta Pelajar Microsoft Learn.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dan rakan-rakan kerjasama untuk memperkasakan insan, komuniti dan organisasi di Malaysia. Usaha meningkatkan kemahiran seharusnya menjadi keutamaan bagi kami di Microsoft, demi memacu perkembangan dan kemajuan dalam keupayaan digital rakyat Malaysia bagi masa depan,” kata Raman.

Sebelum ini, Microsoft Malaysia juga pernah menerima Anugerah Majikan Graduan Paling Popular 2019 daripada GTI Media pada 2019, ditarafkan antara 10 majikan terbaik dalam kategori teknologi (ICT)  dalam Anugerah Pilihan Graduan edisi 2018. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Majikan Graduan Paling Menarik Untuk Membina Kerjaya 2021.