Celcom pacu digitalisasi untuk perusahaan di Malaysia dengan perkhidmatan Cloud Suite

 |   Microsoft Malaysia

A photo of Celcom and Microsoft executives holding tablets

KUALA LUMPUR, 21 JANUARI 2021 – Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan Celcom Cloud Suite, iaitu perkhidmatan pengkomputeran awanan bagi perusahaan yang berpatutan serta memfokuskan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS) dan Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS), untuk memacu adaptasi digital di kalangan perusahaan dan perniagaan tempatan.

Celcom berkolaborasi dengan Microsoft Malaysia untuk membawa solusi yang dipercayai ini, yang menggabungkan alat dan platform untuk aplikasi, infrastruktur, penyimpanan data, rangkaian perisian, keselamatan dan pengalaman pelaksanaan yang lancar dengan kelebihan pemulihan semula laman yang diyakini. Perkhidmatan ini memberikan potensi untuk pemilik perniagaan melakukan transformasi dalam operasi perniagaan mereka, dan perkhidmatan ini ditawarkan dengan barisan solusi yang canggih melalui kit digital sehenti Celcom, iaitu Celcom Business Suite™.

Solusi pengkomputeran awanan yang berprestasi tinggi dan berpatutan ini membolehkan perusahaan untuk melaksanakan optimisasi proses perniagaan yang pantas kerana ia begitu mudah untuk diaplikasi dan fleksibel untuk pemilik perniagaan menambah kapasiti dan ciri-ciri yang diperlukan pada bila-bila masa, serta didatangkan dengan perkhidmatan sokongan teknikal 24 jam. Perkhidmatan ini juga akan mengurangkan keperluan sumber IT tambahan dan lebih efektif dari segi kos. Ia turut membantu dalam tugas jarak jauh kerana ia boleh diakses oleh sesiapa dalam organisasi tersebut setiap waktu dan di mana-mana sahaja.

Celcom Cloud Suite on Microsoft Azure

Pemilik perniagaan di Malaysia kini boleh menyesuaikan dan menetapkan Celcom Cloud Suite mereka mengikut keperluan perniagaan dengan pakej berikut:

  • Pakej Basic

Membolehkan perniagaan Mikro dan PKS untuk mengubah dan menambahbaik operasi perniagaan mereka dengan pantas dan mudah dengan adaptasi pengkomputeran awan, menyediakan pengguna dengan akses kepada pengkomputeran awan di mana-mana dan bila-bila masa dengan keperluan penstoran 50TB dan lebar jalur sehingga 100GB.

  • Pakej Standard 

Sesuai bagi perusahaan saiz sederhana dan PKS yang ingin lebih berdaya saing dalam optimisasi perniagaan melalui transformasi digital, pemodenan infrastruktur, dan pengurusan penstoran lancar dengan spesifikasi sistem yang diperlukan oleh perniagaan pada kapasiti penstoran 450TB dan lebar jalur sehingga 100GB.

  • Pakej Pro & Pro Plus

Dikhususkan untuk organisasi dan perniagaan lebih besar yang memerlukan sistem penstoran legasi tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Data lebih mudah diakses dari mana-mana dan pada bila-bila masa dengan data Protech Corporate yang menyediakan ciri keselamatan, ketersediaan tinggi, dan daya tahan. Ia disediakan bagi kegunaan perniagaan daripada 450TB, RAM sehingga 64GB, penstoran sementara sehingga 400GB dan lebar jalur sehingga 100GB

“Ketika lanskap ekonomi negara berusaha untuk pulih daripada kesan pandemik, perniagaan tempatan pelbagai saiz kini amat memerlukan solusi digital yang dipercayai dan berpatutan bagi optimisasi operasi perniagaan, khususnya kini masih banyak syarikat yang melaksanakan ‘berkerja dari rumah’ bagi memastikan keselamatan pekerja mereka. Dalam mendokong peranan kami untuk membantu perusahaan tempatan dengan menyediakan solusi digital yang inovatif seperti Celcom Cloud Suite untuk membolehkan perusahaan terus bangkit semula dalam tempoh yang mencabar ini.

“Dengan kombinasi rangkaian LTE Celcom yang terluas di negara ini dan pelbagai perkhidmatan yang inovatif yang ditawarkan, Celcom bersedia untuk memenuhi keperluan digital bagi perusahaan di Malaysia. Kerjasama dengan Microsoft ini juga mempertingkat kapasiti kami sebagai penyedia solusi digital untuk pelbagai saiz perniagaan, kerana kami dapat membantu mereka untuk melaksanakan adaptasi digital dan transformasi secara digital.  Sama ada perniagaan bersaiz paling kecil sehingga yang bersaiz besar, Celcom terus berusaha untuk menyediakan suasana ‘menang bersama’ dan ekosistem digital yang mampan bagi memberikan faedah kepada rakyat dan negara,” menurut beliau.

“Transformasi digital kini menjadi lebih penting berbanding dahulu untuk memastikan kejayaan dalam dunia yang membangun dengan teknologi pengkomputeran awan pada masa ini. Berdasarkan kaji selidik oleh Microsoft dan IDC, 77% pembuat keputusan bagi perniagaan di Malaysia menyatakan inovasi adalah ‘perlu’ untuk mereka bertindakbalas segera kepada cabaran dan peluang pasaran,” menurut  K. Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia.

“Untuk memacu inovasi perniagaan dan ketahanan perniagaan, kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Celcom dalam melancarkan Celcom Cloud Suite. Ini merupakan sebahagian daripada usahasama jangka Panjang kami dalam memperkasa perusahaan dan perniagaan Malaysia, sama ada kecil atau besar. Rakan digital yang tepat adalah amat penting untuk membantu usaha transformasi digital, dan bersama Celcom kami teruja untuk memacu transformasi digital bagi organisasi di Malaysia, dengan bersandarkan hubungan sinergi antara industri teknologi dan telekomunikasi,” tambah beliau.

Celcom dan Microsoft juga berkolaborasi dalam inisiatif lain seperti proses kerja dalam di Celcom, dan juga pelan memperluaskan tawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk perkhidmatan pengkomputeran awan. Pada tahun 2019, Celcom dan Microsoft telah memeterai Memorandum Persefahaman di Mobile World Congress, yang diadakan di Barcelona, yang bertujuan memacu peralihan Celcom ke teknologi pengkomputeran awan dan membentuk semula budaya kerja agar lebih bersesuaian dengan keperluan digital dalam era 5G.

Untuk maklumat lanjut mengenai Celcom Cloud Suite, layari https://business.celcom.com.my/cloud-suite