Panggil, sembang dan buat rancangan dengan keluarga dan rakan: Teams kini percuma untuk kegunaan peribadi

 |   Microsoft Malaysia

Microsoft Teams Personal Features

Hari ini, kami telah mengumumkan pelancaran Microsoft Teams bagi kegunaan peribadi secara percuma untuk semua orang, melalui aplikasi desktop, mudah alih dan web.

Ciri-ciri dalam Teams direka khas untuk membolehkan para pengguna berasa lebih dekat di satu tempat untuk memanggil, berbincang, dan membuat perancangan bagi perkara-perkara besar mahupun kecil. Mulai hari ini, para pengguna boleh membuat panggilan dan bersembang dalam talian, serta membuat rancangan termasuk berkongsi fail, kalendar dan senarai dengan orang yang anda sayangi dengan mudah menerusi satu aplikasi.

Panggilan video imersif dengan keluarga dan rakan-rakan

Untuk mengatasi keletihan mesyuarat, ciri utama Teams iaitu Together Mode, kini tersedia untuk kegunaan peribadi.

Dengan Together Mode, para pengguna boleh:

  • Berbual dengan keluarga dan rakan seolah-olah di tempat yang sama dengan persekitaran maya bersama
  • Memilih dari pelbagai persekitaran maya baharu seperti ruang keluarga, kedai kopi, bahkan pusat peranginan untuk membuat panggilan lebih menarik, menyeronok dan terhubung, walaupun terpisah.
  • Mengguna reaksi emoji langsung dan GIF.
  • Berkongsi pautan panggilan video dalam Teams dengan sesiapa sahaja – walaupun mereka bukan pengguna Teams dan menjemput sehingga 300 orang. Panggilan juga dapat disambungkan dari mana-mana peranti (PC, Mac, iOS dan telefon Android) atau penyemak imbas web.[1]

Example of various Together mode scenes in a video call

Mudahkan perancangan dan pengaturan kehidupan peribadi dengan Teams

Anda kini boleh membuat perancangan dengan rakan dan keluarga anda dengan lebih mudah melalui Microsoft Teams.

Pengguna tidak perlu lagi membuat pelbagai penyelarasan dalam aplikasi yang berbeza untuk menguruskan kalendar setiap orang dan berkongsi dokumen. Teams telah mempermudahkan proses ini dan anda mampu menguruskan tugas-tugas besar dan kecil dengan senang tanpa meninggalkan perbincangan mereka dengan ciri-ciri berikut:

  • Mengumpulkan orang dalam perbualan kumpulan hanya dengan menambahkan orang menggunakan e-mel atau nombor telefon mereka. Pengguna bukan Teams juga dapat melihat dan memberi respons melalui SMS (teks).[2]
  • Mengubah mesej dari perbualan kumpulan menjadi tugas untuk menguruskan tugasan rumah dengan lebih baik.
  • Beralih antara perbualan kumpulan yang berbeza dan menjimatkan masa dengan paparan papan pemuka di setiap perbualan yang juga menyediakan akses pengguna ke semua maklumat yang dikongsi.

Capai keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan

Dalam norma baharu ini, ianya penting untuk mencari keseimbangan yang betul antara kehidupan dan pekerjaan. Susulan itu, Teams telah direka khas untuk membolehkan pengguna menyimpan akaun peribadi dan kerja mereka secara asing jika perlu.

Jom sertai Teams dengan keluarga dan rakan sekarang

Pengguna teams sedia ada hanya perlu klik pada profil pengguna untuk menambahkan akaun peribadi. Pengguna baharu juga boleh memuat turun aplikasi iOS, Android atau aplikasi desktop.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ciri terkini, sila lihat di sini.

 

[1]Pengguna boleh bertemu dengan sesiapa sahaja dalam panggilan 1:1 dan bercakap sehingga 24 jam secara percuma. Untuk perbualan berkumpulan (lebih daripada dua orang), seseorang boleh bertemu dengan sehingga 100 peserta dan memanggil sehingga 60 minit secara percuma. Berikutan pandemik COVID-19, Microsoft mengetepikan had ini supaya pengguna dapat bertemu dengan sehingga 300 peserta dan bercakap sehingga 24 jam secara percuma sehingga ditentukan lagi.

[2] Location sharing must be enabled and active. Perbualan melalui SMS boleh didapati di negara-negara tertentu sahaja dan akan disediakan untuk lokasi geografi lain secara ‘rolling basis’. Perkongsian lokasi mesti diaktifkan.